Tuesday, October 19, 2010
Tuesday, September 21, 2010
PERKEMBANGAN ICT
• Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 Sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini Buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.
• Era Percetakan - Bermula pada tahun 1456 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dr Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat Khabar pertama di terbitkan pada era tersebut.
• Era Telekomunikasi - Bermula pada tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse.
• Era Komunikasi Interaktif - Bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer.
Sunday, September 12, 2010
MALAYSIA DI TEMPAT TERTINGGI DALAM PENGGUNAAN ICT
12/02/2010 6:02pm
KUALA LUMPUR 12 Feb — Malaysia mencapai tempat tertinggi dalam pemasangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di antara 25 negara yang didorong sumber dan keberkesanan di Nokia Siemens Network”s Connectivity Scorecard 2010.
Ia menerajui kumpulan itu untuk tahun ketiga berturut-turut.
"Connectivity Scorecard” adalah indeks ICT global, satu kajian tahunan yang menyenaraikan negara bukan hanya menurut pemasangan prasarana ICT tetapi juga mengambil kira tahap kerajaan, perniagaan dan pengguna menggunakan teknologi untuk meningkatkan kemewahan sosial dan ekonomi.
"Malaysia menjadi ekonomi dipacu sumber yang teratas dengan catatan mata 7.14 mengatasi Afrika Selatan (6.18), Chile (6.06), Argentina (5.9) dan Rusia (5.82),” kata Nokia Siemens Networks dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia juga mengatasi jiran Asean seperti Thailand dan Indonesia, kecuali Singapura yang berasa di dalam kumpulan ekonomi didorong inovasi.
Negara-negara dibahagikan kepada dua kumpulan— ekonomi maju didorong inovasi dan ekonomi didorong sumber yang kurang maju.
Di kalangan ekonomi didorong inovasi, Amerika Syarikat buat kali pertama semenjak “Connectivity Scorecard” diperkenalkan tiga tahun lalu kehilangan tempat teratas kepada Sweden.
Sweden mengetuai kumpulan ekonomi didorong inovasi dengan catatan 7.95 mata, mengatasi AS (7.77), Norway (7.74), Denmark (7.54) dan Netherlands (7.52).
—BERNAMA
Friday, September 10, 2010
APAKAH ITU INTERNET
Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Sebagai contoh 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan begitu juga Internet bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer.
Sekiranya kita menggunakan komputer biasa(tanpa Internet), kita akan menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk' komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya. Tetapi di dalam istilah Internet ini pula, kita menyimpan fail tersebut di satu tempat di namakan 'host' yang mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh membaca fail tersebut. Dan inilah yang di katakan Dunia Cyber.
Ia merupakan suatu perkhidmatan kepada kita semua. Sama juga dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti elektrik, air, telefon, perubatan dan sebagainya.
Pendapat dari sebuah buku:
Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Jika Internet merujuk kepada rangkaian yang di bina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Begitulah takrifannya jika internet di lihat dari sudut yang teknikal.
Sebenarnya tidak ada satu-satu takrifan yang kursus yang boleh mendefinasikan apa sebenarnya Internet. Internet boleh di takrifkan sebagai apa juga yang melibatkan Internet itu sendiri baik dari segi pengguna, kegunaan, aplikasi, budaya, teknologi dan lain-lain lagi. Semuanya boleh di gunakan untuk menyatakan apakah dia Internet.
Takrif Protokol Rangkaian - Protokol adalah tata tertib yang perlu di ikuti oleh dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti yang di kehendaki. Oleh itu protokol rangkaian boleh di takrifkan sebagai protokol yang di gunakan oleh komputer-komputer dan perkakasan-perkasasan yang terdapat dalam satu rangkaian untuk membolehkan komputer-komputer berkomunikasi dengan baik. Perkataan protokol rangkaian sering di gelar sebagai protokol komunikasi atau protokol sahaja.
Takrif Internet Dari Aspek Penggunaan - Internet adalah merupakan sebuah rangkaian komputer sajagat yang memberikan dua perkhidmatan utama, ia itu, komunikasi dan capaian maklumat.
Jika di lihat dari aspek penggunaan, Internet boleh di katakan sebagai sebuah rangkaian yang memberikan perkhidmatan komunikasi elektronik, capaian jauh, perkhidmatan fail, penyibaran maklumat, pencarian maklumat dan beberapa perkhidmatan yang lain. Daripada aplikasi-aplikasi inilah di bina berbagai jenis perkhidmatan Internet seperti perdagangan elektronik, perbankan elektronik, pengiklanan melalui Internet dan sebagainya.
Sumber: http://kamiltri.tripod.com/apakah_itu_internet.htm
Sunday, June 27, 2010
INFRASTRUKTUR ICT CONSULT CENTRE
Thursday, June 24, 2010
LAWATAN TAPAK PEMBINAAN PELAN
syarikat ini sangat-sangat mengutamakan penjagaan kualiti perkhidmatan kepada para pelanggan, dengan itu syarikat sangat menitikberatkan dan memandang perkara yang boleh menjejaskan kualiti kerja seperti faktor cuaca, oleh itu pihak syarikat akan memberi perkhidmatan yang terbaik walaupun di pengaruhi cuaca dan sebagainya. itu adalah titik penyelesaian bagi memberi hasil kerja yang berkualiti kepada pelanggan.
-PENGURUS PENTADBIRAN DAN OPERASI-
Read more...
LAWATAN TAPAK UNTUK PEMBINAAN PELAN
pihak syarikat telah mengadakan lawatan tapak pembinaan pelan rumah di kampung menunggui kotab belud sebagai satu langkah permulaan dalam pembinaan pelan rumah yang akan di bina nanti di atas persetujuan kedua pihak.
Monday, June 14, 2010
SEMASA OPERASI URUS NIAGA BERMULA
syarikat ini mengutamakan kualiti pembelajaran yang proaktif bagi menjana kecemerlangan para anak didik syarikat ini. dalam proses pembelajaran komputer, syarikat ini juga menawarkan kelas tambahan atau tuisyen bagi semua mata pelajaran sekolah rendah dan menengah dalam perlbagai aliran. di harap kepada sesiapa yang berminat mendapat perkhidmatan syarikat ini sama ada pembelajaran komputer, tuisyen, atau sebagainya, sila hubungi kami secepat yang mungkin, kerana tempat adalah terhad.."Datang lah dengan gemilang dan pulang lah dengan cemerlang".
-pengurus pentadbiran dan operasi ict- Read more...
PEMASANGAN BANNER
pengurus pemasaran syarikat ini sendiri terlibat dalam pemasangan banner bagi tujuan meninjau sendiri bagaimana situasi dalam pemasangan itu. di harap semua yang melihat iklan itu dapat memberi respone yang baik dengan segera berdaftar sebagai anak didik syarikat ini seterusnya mengaplikasikan kemahiran yang telah di curah kan oleh tenaga pengajar berkualiti dari syarikat ini.
Monday, May 24, 2010
SEMASA PEMASANGAN SIGNBOARD
Sunday, May 23, 2010
PROMOSI UNTUK ANDA
justeru, kepada ibu bapa dan masyarakat yang ingin mempelajari asas komputer ini boleh lah menghubungi no tel atau datang ke pejabat kami yang bertempat di kompleks alapbana kota belud. dan untuk keterangan lanjut sila hubungi kami secara online dengan melayari blog ini dan meninggalkan butir-butir diri dalam ruang komen yang di sediakan.
"masyarakat berilmu, pemangkin generasi akan datang"
-Pengurus pentadbiran dan pemasaran-