Tuesday, September 21, 2010

PERKEMBANGAN ICT

Rogers(1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat era utama iaitu Era Penulisan, Era Percetakan, Era Telekomunikasi dan Era Komunikasi Interaktif. Beliau menamakan kesemua ini sebagai evolusi komunikasi manusia.




• Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 Sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini Buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.



• Era Percetakan - Bermula pada tahun 1456 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dr Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat Khabar pertama di terbitkan pada era tersebut.



• Era Telekomunikasi - Bermula pada tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse.



• Era Komunikasi Interaktif - Bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer.

Read more...

Sunday, September 12, 2010

MALAYSIA DI TEMPAT TERTINGGI DALAM PENGGUNAAN ICT


12/02/2010 6:02pm




KUALA LUMPUR 12 Feb — Malaysia mencapai tempat tertinggi dalam pemasangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di antara 25 negara yang didorong sumber dan keberkesanan di Nokia Siemens Network”s Connectivity Scorecard 2010.




Ia menerajui kumpulan itu untuk tahun ketiga berturut-turut.




"Connectivity Scorecard” adalah indeks ICT global, satu kajian tahunan yang menyenaraikan negara bukan hanya menurut pemasangan prasarana ICT tetapi juga mengambil kira tahap kerajaan, perniagaan dan pengguna menggunakan teknologi untuk meningkatkan kemewahan sosial dan ekonomi.




"Malaysia menjadi ekonomi dipacu sumber yang teratas dengan catatan mata 7.14 mengatasi Afrika Selatan (6.18), Chile (6.06), Argentina (5.9) dan Rusia (5.82),” kata Nokia Siemens Networks dalam satu kenyataan hari ini.




Malaysia juga mengatasi jiran Asean seperti Thailand dan Indonesia, kecuali Singapura yang berasa di dalam kumpulan ekonomi didorong inovasi.




Negara-negara dibahagikan kepada dua kumpulan— ekonomi maju didorong inovasi dan ekonomi didorong sumber yang kurang maju.




Di kalangan ekonomi didorong inovasi, Amerika Syarikat buat kali pertama semenjak “Connectivity Scorecard” diperkenalkan tiga tahun lalu kehilangan tempat teratas kepada Sweden.




Sweden mengetuai kumpulan ekonomi didorong inovasi dengan catatan 7.95 mata, mengatasi AS (7.77), Norway (7.74), Denmark (7.54) dan Netherlands (7.52).





—BERNAMA

















Read more...

Friday, September 10, 2010

APAKAH ITU INTERNET

PENDAPAT SECARA RINGKAS, PARA PENGUJUNG DINASIHATKAN AGAR MEMBUAT RUJUKAN DENGAN LEBIH TERPERINCI LAGI. TERIMA KASIH.


Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Sebagai contoh 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan begitu juga Internet bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer.


Sekiranya kita menggunakan komputer biasa(tanpa Internet), kita akan menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk' komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya. Tetapi di dalam istilah Internet ini pula, kita menyimpan fail tersebut di satu tempat di namakan 'host' yang mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh membaca fail tersebut. Dan inilah yang di katakan Dunia Cyber.


Ia merupakan suatu perkhidmatan kepada kita semua. Sama juga dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti elektrik, air, telefon, perubatan dan sebagainya.


Pendapat dari sebuah buku:



Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Jika Internet merujuk kepada rangkaian yang di bina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Begitulah takrifannya jika internet di lihat dari sudut yang teknikal.



Sebenarnya tidak ada satu-satu takrifan yang kursus yang boleh mendefinasikan apa sebenarnya Internet. Internet boleh di takrifkan sebagai apa juga yang melibatkan Internet itu sendiri baik dari segi pengguna, kegunaan, aplikasi, budaya, teknologi dan lain-lain lagi. Semuanya boleh di gunakan untuk menyatakan apakah dia Internet.



Takrif Protokol Rangkaian - Protokol adalah tata tertib yang perlu di ikuti oleh dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti yang di kehendaki. Oleh itu protokol rangkaian boleh di takrifkan sebagai protokol yang di gunakan oleh komputer-komputer dan perkakasan-perkasasan yang terdapat dalam satu rangkaian untuk membolehkan komputer-komputer berkomunikasi dengan baik. Perkataan protokol rangkaian sering di gelar sebagai protokol komunikasi atau protokol sahaja.



Takrif Internet Dari Aspek Penggunaan - Internet adalah merupakan sebuah rangkaian komputer sajagat yang memberikan dua perkhidmatan utama, ia itu, komunikasi dan capaian maklumat.



Jika di lihat dari aspek penggunaan, Internet boleh di katakan sebagai sebuah rangkaian yang memberikan perkhidmatan komunikasi elektronik, capaian jauh, perkhidmatan fail, penyibaran maklumat, pencarian maklumat dan beberapa perkhidmatan yang lain. Daripada aplikasi-aplikasi inilah di bina berbagai jenis perkhidmatan Internet seperti perdagangan elektronik, perbankan elektronik, pengiklanan melalui Internet dan sebagainya.




Sumber: http://kamiltri.tripod.com/apakah_itu_internet.htm

Read more...

Latar Belakang Syarikat

syarikat ini di tubuhkan pada tahun 2009. pada mula nya syarikat adalah salah satu syarikat bekalan yang beroperasi di majlis daerah kota belud sebagai supplier. namun telah di jadikan syarikat pengkomputeraan dan di tukar nama dari syarikat line clear kepada ict consult centre. syarikat ini juga pada mula adalah milik tunggal kepada saudara asli. namun selepas bertukar nama, syarikat ini menjadi syarikat perkongsian yang mempunyai dua orang pemilik iaitu sdr asli dan raplan. pada masa yang sama seorang lagi telah menyertai syarikat perkongsian ini dengan penyertaan itu menjadikan pemilik syarikat ini menjadi kepada tiga orang pemilik yang berkaliber.

PERKHIDMATAN

*KELAS KOMPUTER
*FAX
*SCAN
*INTERNET
*REPAIR PC
*FORMAT
*WEBSITE
*BLOG
*RP
*KERJA KURSUS
*PMS/PKK
*ETC..

PERKHIDMATAN SAMPINGAN

*PEMBEKALAN
*PEMBAIKKAN
*PEMBUATAN
*TENDER
*PERIKANAN
*ALAT TULIS
*ELEKTRIK
*MEKANIKAL
*KESELAMATAN
*KERJA BANGUNAN
*KONTRAKTOR
*KEJURUTERAAN
*PERALATAN MAKMAL

penafian

syarikat ict consult centre tidak bertangungjawab di atas semua di luar kawalan ketika melayari web ini.

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP