Tuesday, October 19, 2010

BENGKEL PUBLIHSER ICT TARIK MINAT MEDIA CETAK


baru-baru ini syarikat ict consult centre telah mengadahkan bengkel sehari bersama ict mengenai sofware microsoft publisher 07 bertempat di dewan besar syarikat ini. tujuan program ini adalah untuk mendedahkan adik-adik dan individu yang terlibat dengan cara penggunaan publisher dalam pembuatan seperti "kad raya", "kad perkhawinan", "kad hari jadi", "jadual pembelajaran", dan sebagai nya. bukan itu saja, ict consult centre juga ingin membuka minat adik-adik dan indivdu dalam menceburi dunia pembikinan ini, sebagai contoh, kemahiran ini boleh di praktikan untuk menjalankan bisnes secara kecil-kecilan atau pun di gunakan untuk diri serta keluarga yang memerlukan kemahiran ini.

dengan itu juga, media cetak daily express telah tertarik dalam program sehari bersama ict itu dengan menyiarkan keberlangsungan program itu di laman cetak nya. pihak syarikat sangat mengucapkan ribuan terima kasih kepada penawaran media itu. dalam majlis penutupan yang di langsungkan pada hari yang sama, pihak syarikat telah menjemput En Roslan bin Haji manshor selaku pengerusi biro pendidikan umno juga merangkap ajk bahagian umno kota belud. proses majlis tersebut berjalan dengan baik. semoga adik-adik dan individu yang menyertai program tersebut dapat satu kemahiran baru dan di manfaatkan sebaiknya. ribuan terima kasih dengan staff yang turut menjayakan program ini.





-PENGURUS OPERASI & PENTADBIRAN-

Read more...

Tuesday, September 21, 2010

PERKEMBANGAN ICT

Rogers(1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat era utama iaitu Era Penulisan, Era Percetakan, Era Telekomunikasi dan Era Komunikasi Interaktif. Beliau menamakan kesemua ini sebagai evolusi komunikasi manusia.




• Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 Sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini Buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.



• Era Percetakan - Bermula pada tahun 1456 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dr Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat Khabar pertama di terbitkan pada era tersebut.



• Era Telekomunikasi - Bermula pada tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse.



• Era Komunikasi Interaktif - Bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer.

Read more...

Sunday, September 12, 2010

MALAYSIA DI TEMPAT TERTINGGI DALAM PENGGUNAAN ICT


12/02/2010 6:02pm




KUALA LUMPUR 12 Feb — Malaysia mencapai tempat tertinggi dalam pemasangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di antara 25 negara yang didorong sumber dan keberkesanan di Nokia Siemens Network”s Connectivity Scorecard 2010.




Ia menerajui kumpulan itu untuk tahun ketiga berturut-turut.




"Connectivity Scorecard” adalah indeks ICT global, satu kajian tahunan yang menyenaraikan negara bukan hanya menurut pemasangan prasarana ICT tetapi juga mengambil kira tahap kerajaan, perniagaan dan pengguna menggunakan teknologi untuk meningkatkan kemewahan sosial dan ekonomi.




"Malaysia menjadi ekonomi dipacu sumber yang teratas dengan catatan mata 7.14 mengatasi Afrika Selatan (6.18), Chile (6.06), Argentina (5.9) dan Rusia (5.82),” kata Nokia Siemens Networks dalam satu kenyataan hari ini.




Malaysia juga mengatasi jiran Asean seperti Thailand dan Indonesia, kecuali Singapura yang berasa di dalam kumpulan ekonomi didorong inovasi.




Negara-negara dibahagikan kepada dua kumpulan— ekonomi maju didorong inovasi dan ekonomi didorong sumber yang kurang maju.




Di kalangan ekonomi didorong inovasi, Amerika Syarikat buat kali pertama semenjak “Connectivity Scorecard” diperkenalkan tiga tahun lalu kehilangan tempat teratas kepada Sweden.




Sweden mengetuai kumpulan ekonomi didorong inovasi dengan catatan 7.95 mata, mengatasi AS (7.77), Norway (7.74), Denmark (7.54) dan Netherlands (7.52).





—BERNAMA

















Read more...

Friday, September 10, 2010

APAKAH ITU INTERNET

PENDAPAT SECARA RINGKAS, PARA PENGUJUNG DINASIHATKAN AGAR MEMBUAT RUJUKAN DENGAN LEBIH TERPERINCI LAGI. TERIMA KASIH.


Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Sebagai contoh 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan begitu juga Internet bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer.


Sekiranya kita menggunakan komputer biasa(tanpa Internet), kita akan menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk' komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya. Tetapi di dalam istilah Internet ini pula, kita menyimpan fail tersebut di satu tempat di namakan 'host' yang mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh membaca fail tersebut. Dan inilah yang di katakan Dunia Cyber.


Ia merupakan suatu perkhidmatan kepada kita semua. Sama juga dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti elektrik, air, telefon, perubatan dan sebagainya.


Pendapat dari sebuah buku:



Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Jika Internet merujuk kepada rangkaian yang di bina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Begitulah takrifannya jika internet di lihat dari sudut yang teknikal.



Sebenarnya tidak ada satu-satu takrifan yang kursus yang boleh mendefinasikan apa sebenarnya Internet. Internet boleh di takrifkan sebagai apa juga yang melibatkan Internet itu sendiri baik dari segi pengguna, kegunaan, aplikasi, budaya, teknologi dan lain-lain lagi. Semuanya boleh di gunakan untuk menyatakan apakah dia Internet.



Takrif Protokol Rangkaian - Protokol adalah tata tertib yang perlu di ikuti oleh dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti yang di kehendaki. Oleh itu protokol rangkaian boleh di takrifkan sebagai protokol yang di gunakan oleh komputer-komputer dan perkakasan-perkasasan yang terdapat dalam satu rangkaian untuk membolehkan komputer-komputer berkomunikasi dengan baik. Perkataan protokol rangkaian sering di gelar sebagai protokol komunikasi atau protokol sahaja.



Takrif Internet Dari Aspek Penggunaan - Internet adalah merupakan sebuah rangkaian komputer sajagat yang memberikan dua perkhidmatan utama, ia itu, komunikasi dan capaian maklumat.



Jika di lihat dari aspek penggunaan, Internet boleh di katakan sebagai sebuah rangkaian yang memberikan perkhidmatan komunikasi elektronik, capaian jauh, perkhidmatan fail, penyibaran maklumat, pencarian maklumat dan beberapa perkhidmatan yang lain. Daripada aplikasi-aplikasi inilah di bina berbagai jenis perkhidmatan Internet seperti perdagangan elektronik, perbankan elektronik, pengiklanan melalui Internet dan sebagainya.




Sumber: http://kamiltri.tripod.com/apakah_itu_internet.htm

Read more...

Sunday, June 27, 2010

PEMBELAJARAN KOMPUTER

Read more...

INFRASTRUKTUR ICT CONSULT CENTRE




SYARIKAT ICT CONSULT CENTRE mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur yang terkini bagi memberi perkhidmatan yang lebih selesa dan kondusif kepada pelanggan. kepuasan pelanggan adalah kepuasan kepada syarikat, ini juga menjadi salah satu matlamat syarikat untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa.

dalam masa yang sama syarikat ini menyediakan peralatan teknologi seperti faks, printer, scanning, projector, tel, di samping kemudahan pengudaraan yang nyaman dan menyegarkan. semua ini adalah di sediakan untuk pelanggan yang memerlukan perkhidmatan syarikat ini.

berkunjung lah ke syarikat ict consult centre bertempat di kompleks alapbana kota belud untuk mendapatkan perkhidmatan kami.




-pengurus pentadbiran dan operasi-


Read more...

Thursday, June 24, 2010

LAWATAN TAPAK PEMBINAAN PELAN







pihak syarikat telah mengadakan lawatan tapak pembinaan pelan rumah di kampung menunggui kota belud sebagai satu langkah permulaan dalam pembinaan pelan yang akan di bina nanti di atas persetujuan kedua bela pihak. kelihatan di situ juru lukis pelan sedang menimbang kira kedudukan pelan rumah yang akan di bina nanti.


syarikat ini sangat-sangat mengutamakan penjagaan kualiti perkhidmatan kepada para pelanggan, dengan itu syarikat sangat menitikberatkan dan memandang perkara yang boleh menjejaskan kualiti kerja seperti faktor cuaca, oleh itu pihak syarikat akan memberi perkhidmatan yang terbaik walaupun di pengaruhi cuaca dan sebagainya. itu adalah titik penyelesaian bagi memberi hasil kerja yang berkualiti kepada pelanggan.






-PENGURUS PENTADBIRAN DAN OPERASI-

Read more...

LAWATAN TAPAK UNTUK PEMBINAAN PELAN

pihak syarikat telah mengadakan lawatan tapak pembinaan pelan rumah di kampung menunggui kotab belud sebagai satu langkah permulaan dalam pembinaan pelan rumah yang akan di bina nanti di atas persetujuan kedua pihak.

Read more...

Monday, June 14, 2010

SEMASA OPERASI URUS NIAGA BERMULA


Semasa pembukaan operasi di premis baru ini, syarikat ini telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak terutama pelajar yang berkunjung untuk melayari laman sesawang seterusnya berdaftar sebagai pelajar syarikat ini.

syarikat ini mengutamakan kualiti pembelajaran yang proaktif bagi menjana kecemerlangan para anak didik syarikat ini. dalam proses pembelajaran komputer, syarikat ini juga menawarkan kelas tambahan atau tuisyen bagi semua mata pelajaran sekolah rendah dan menengah dalam perlbagai aliran. di harap kepada sesiapa yang berminat mendapat perkhidmatan syarikat ini sama ada pembelajaran komputer, tuisyen, atau sebagainya, sila hubungi kami secepat yang mungkin, kerana tempat adalah terhad.."Datang lah dengan gemilang dan pulang lah dengan cemerlang".


-pengurus pentadbiran dan operasi ict-

Read more...

PEMASANGAN BANNER



Syarikat Ict Consult Centre telah membina beberapa banner bagi tujuan promosi yang telah berlangsung sejak bulan lima (5) yang lalu..antara lokasi yang telah di pasang adalah round about bawa masjid kota belud, round about ke pasar besar, dan round about bypass kk-kudat. tempat-tempat ini merupakan tempat strategik untuk di jadikan pameran sesuatu promosi syarikat ini.

pengurus pemasaran syarikat ini sendiri terlibat dalam pemasangan banner bagi tujuan meninjau sendiri bagaimana situasi dalam pemasangan itu. di harap semua yang melihat iklan itu dapat memberi respone yang baik dengan segera berdaftar sebagai anak didik syarikat ini seterusnya mengaplikasikan kemahiran yang telah di curah kan oleh tenaga pengajar berkualiti dari syarikat ini.

Read more...

Monday, May 24, 2010

SEMASA PEMASANGAN SIGNBOARD


pemasangan signboard syarikat

Syarikat kami telah memilih syarikat arked print kota belud untuk membina seterusnya memasang signboard syarikat ict consult centre yang bertempat di kompleks alapbana. dalam pemasangan itu, saya sebagai pengurus pentadbiran dan operasi telah memantau pemasangan tersebut, kira-kira pada jam 12 tengah hari, signboard itu selesai di pasang dengan sempurna.


-Pengurus pentadbiran dan operasi-

Read more...

Sunday, May 23, 2010

PROMOSI UNTUK ANDA


Pihak syarikat kami telah menawarkan pakej pembelajaran asas komputer kepada sesiapa yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu tentang ict ataupun komputer ini. proses pembelajaran ini di bimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkualiti, mendapat sijil dari institusi pengajian dalam bidang pengkomputeran. selain dari itu, syarikat kami juga akan menawarkan kursus latihan dalam bidang komputer mahu pun dalam bidang luar pengkomputeran untuk pelajar mempelbagaiakan kemahiran bukan sahaja tertumpu dengan komputer malah dalam bidang yang lain yang akan di anjurankan nanti.

justeru, kepada ibu bapa dan masyarakat yang ingin mempelajari asas komputer ini boleh lah menghubungi no tel atau datang ke pejabat kami yang bertempat di kompleks alapbana kota belud. dan untuk keterangan lanjut sila hubungi kami secara online dengan melayari blog ini dan meninggalkan butir-butir diri dalam ruang komen yang di sediakan.

"masyarakat berilmu, pemangkin generasi akan datang"

-Pengurus pentadbiran dan pemasaran-

Read more...

PENGENALAN SYARIKAT


Kami meyediakan perkhidmatan bekalan, website dan mencipta sistem maklumat. Pasaran kami meliputi organisasi perniagaan dan bukan perniagaan dengan mengaplikasikan teknologi WWW dan multimedia sebagai satu kaedah yang membantu menyusun dan mengendali sesebuah organisasi dengan lebih efektif dan efisien. Kami menganggarkan pertambahan jualan produk dan perkhidmatan dalam jangka masa panjang dengan memberikan kepuasan kepada pelanggan. Teknologi komunikasi maklumat diaplikasikan dalam perkhidmatan bekalan, membangun website dan mencipta sistem kerana kami mempunyai kakitangan yang terpilih serta berkemahiran. Selain daripada itu, kami menitikberatkan soal kebajikan pekerja dan tanggungjawab sosial

Read more...

Latar Belakang Syarikat

syarikat ini di tubuhkan pada tahun 2009. pada mula nya syarikat adalah salah satu syarikat bekalan yang beroperasi di majlis daerah kota belud sebagai supplier. namun telah di jadikan syarikat pengkomputeraan dan di tukar nama dari syarikat line clear kepada ict consult centre. syarikat ini juga pada mula adalah milik tunggal kepada saudara asli. namun selepas bertukar nama, syarikat ini menjadi syarikat perkongsian yang mempunyai dua orang pemilik iaitu sdr asli dan raplan. pada masa yang sama seorang lagi telah menyertai syarikat perkongsian ini dengan penyertaan itu menjadikan pemilik syarikat ini menjadi kepada tiga orang pemilik yang berkaliber.

PERKHIDMATAN

*KELAS KOMPUTER
*FAX
*SCAN
*INTERNET
*REPAIR PC
*FORMAT
*WEBSITE
*BLOG
*RP
*KERJA KURSUS
*PMS/PKK
*ETC..

PERKHIDMATAN SAMPINGAN

*PEMBEKALAN
*PEMBAIKKAN
*PEMBUATAN
*TENDER
*PERIKANAN
*ALAT TULIS
*ELEKTRIK
*MEKANIKAL
*KESELAMATAN
*KERJA BANGUNAN
*KONTRAKTOR
*KEJURUTERAAN
*PERALATAN MAKMAL

penafian

syarikat ict consult centre tidak bertangungjawab di atas semua di luar kawalan ketika melayari web ini.

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP