Sunday, September 12, 2010

MALAYSIA DI TEMPAT TERTINGGI DALAM PENGGUNAAN ICT


12/02/2010 6:02pm




KUALA LUMPUR 12 Feb — Malaysia mencapai tempat tertinggi dalam pemasangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di antara 25 negara yang didorong sumber dan keberkesanan di Nokia Siemens Network”s Connectivity Scorecard 2010.




Ia menerajui kumpulan itu untuk tahun ketiga berturut-turut.




"Connectivity Scorecard” adalah indeks ICT global, satu kajian tahunan yang menyenaraikan negara bukan hanya menurut pemasangan prasarana ICT tetapi juga mengambil kira tahap kerajaan, perniagaan dan pengguna menggunakan teknologi untuk meningkatkan kemewahan sosial dan ekonomi.




"Malaysia menjadi ekonomi dipacu sumber yang teratas dengan catatan mata 7.14 mengatasi Afrika Selatan (6.18), Chile (6.06), Argentina (5.9) dan Rusia (5.82),” kata Nokia Siemens Networks dalam satu kenyataan hari ini.




Malaysia juga mengatasi jiran Asean seperti Thailand dan Indonesia, kecuali Singapura yang berasa di dalam kumpulan ekonomi didorong inovasi.




Negara-negara dibahagikan kepada dua kumpulan— ekonomi maju didorong inovasi dan ekonomi didorong sumber yang kurang maju.




Di kalangan ekonomi didorong inovasi, Amerika Syarikat buat kali pertama semenjak “Connectivity Scorecard” diperkenalkan tiga tahun lalu kehilangan tempat teratas kepada Sweden.




Sweden mengetuai kumpulan ekonomi didorong inovasi dengan catatan 7.95 mata, mengatasi AS (7.77), Norway (7.74), Denmark (7.54) dan Netherlands (7.52).





—BERNAMA

















0 comments:

Latar Belakang Syarikat

syarikat ini di tubuhkan pada tahun 2009. pada mula nya syarikat adalah salah satu syarikat bekalan yang beroperasi di majlis daerah kota belud sebagai supplier. namun telah di jadikan syarikat pengkomputeraan dan di tukar nama dari syarikat line clear kepada ict consult centre. syarikat ini juga pada mula adalah milik tunggal kepada saudara asli. namun selepas bertukar nama, syarikat ini menjadi syarikat perkongsian yang mempunyai dua orang pemilik iaitu sdr asli dan raplan. pada masa yang sama seorang lagi telah menyertai syarikat perkongsian ini dengan penyertaan itu menjadikan pemilik syarikat ini menjadi kepada tiga orang pemilik yang berkaliber.

PERKHIDMATAN

*KELAS KOMPUTER
*FAX
*SCAN
*INTERNET
*REPAIR PC
*FORMAT
*WEBSITE
*BLOG
*RP
*KERJA KURSUS
*PMS/PKK
*ETC..

PERKHIDMATAN SAMPINGAN

*PEMBEKALAN
*PEMBAIKKAN
*PEMBUATAN
*TENDER
*PERIKANAN
*ALAT TULIS
*ELEKTRIK
*MEKANIKAL
*KESELAMATAN
*KERJA BANGUNAN
*KONTRAKTOR
*KEJURUTERAAN
*PERALATAN MAKMAL

penafian

syarikat ict consult centre tidak bertangungjawab di atas semua di luar kawalan ketika melayari web ini.

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP